Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak dijangka kekal rendah

Jan 25, 2016 | 01:03 PM



SIKAP pesimis mengenai harga minyak yang rendah sekarang besar kemungkinan tidak mengurang pada masa terdekat, memandangkan lebihan bekalan minyak mentah masih banyak di seluruh dunia dalam keadaan permintaan perlahan kini.


Penganalisis menjangka harga minyak kekal tertekan selama beberapa bulan akan datang, terutamanya dengan rancangan Iran menambah pengeluaran, memandang sekarang ia bebas untuk mengeksport minyak.


Penanda aras global Brent merosot di bawah AS$30 setong minggu lalu - terendah dalam lebih 12 tahun - manakala Goldman Sachs telah memberi amaran bahawa harga boleh turun lagi ke paras sekitar AS$20.


Harga minyak meningkat kepada AS$32 setong Jumaat lalu berikutan desas-desus mengenai rangsangan kewangan baru oleh bank-bank pusat bagi menaikkan permintaan.


Bagi Singapura, kesan harga minyak yang lebih rendah bercampur-campur, kata ahli ekonomi.


Kejatuhan harga telah membuat negara pengeluar minyak kehilangan AS$2.5 trilion $ 3.6 trilion) dalam pendapatan hilang, dengan hampir AS$460 bilion telah mengalir ke Asia, termasuk Singapura, ujar Ketua Ekonomi DBS, Encik David Carbon, dalam satu laporan minggu lalu.


Pakar ekonomi kanan UOB, Encik Alvin Liew, memberitahu akhbar The Straits Times: "Sebagai pengimport bersih minyak, Singapura terus mendapat manfaat daripada harga yang lebih rendah."


Jurucakap Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) berkata perniagaan di sini, secara umum, telah mendapat manfaat daripada kos utiliti dan kos yang kaitan dengan bahan pembakar akibat harga minyak yang lemah.


Sektor pengangkutan dan penyimpanan, seperti syarikat penerbangan dan perkapalan, mungkin melihat kos operasi mereka lebih rendah, sebagaimana syarikat dalam kelompok bahan kimia, dengan kos tenaga dan bahan mentah berasaskan minyak dikurangkan.


Sebaliknya, sektor luar pesisir dan marin terjejas teruk kerana syarikat minyak dan syarikat minyak negara terus mengurangkan perbelanjaan modal.


Kesakitan itu telah mula dirasai secara meluas dalam industri tersebut.


Keluarga pula akan dapat menikmati kos pengangkutan dan utiliti lebih rendah kerana harga minyak yang rendah akan membantu mengurangkan harga domestik barangan berkaitan minyak, kata MTI.


Namun, Encik Frederic Neumann, ketua bersama penyelidikan ekonomi Asia di HSBC, percaya kesan positif kepada ekonomi daripada harga minyak yang lebih rendah akan lambat dirasai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >