Harga pengguna terus turun pada Sep tetapi inflasi teras naik sedikit

INFLASI terus berkurangan di Singapura, dengan indeks harga pengguna September jatuh 0.6 peratus daripada bulan sama tahun lalu.

Ini bulan ke-11 berturut-turut inflasi berkurangan sejak November lalu - tempoh inflasi negatif paling panjang sejak 2009.

Bagaimanapun, inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan kos pengangkutan jalan peribadi dan dilihat sebagai ukuran lebih baik perbelanjaan isi rumah setiap hari, meningkat sedikit sedang harga perkhidmatan dan produk runcit lebih tinggi.

Inflasi negatif pada September sebahagian besarnya hasil harga minyak lebih murah dan sekatan dan pinjaman yang menjejaskan pasaran hartanah dan kereta.

Inflasi teras Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meningkat kepada 0.6 peratus daripada 0.2 peratus pada Ogos.

Ini terutamanya mencermin peningkatan harga perkhidmatan dan barangan runcit, kata MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan bersama.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.