Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Pekerja: MOM, Snef gesa usaha bersama pertingkat produktiviti

Apr 27, 2016 | 12:11 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) menekankan peri perlu memanfaatkan sepenuhnya bekalan tenaga kerja terhad, dalam mesej Hari Pekerja masing-masing yang dikeluarkan pada Rabu (27 Apr).



Kededuanya menegaskan keperluan pertumbuhan produktiviti, yang tumbuh hanya purata 0.4 peratus setahun antara 2010 dan 2015.



"Tenaga manusia boleh mencerut pertumbuhan masa depan kita kecuali kita mempercepat usaha menjadi ekonomi kurang menggunakan tenaga manusia dan dengan tenaga kerja lebih produktif," kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, dalam mesej Hari Pekerja pertamanya sejak mengambil portfolio itu.



Sebelum ini, beliau menjadi ketua gerakan buruh selama lapan tahun.



"Ini satu-satunya cara memastikan perniagaan boleh terus berkembang, pengangguran boleh kekal rendah manakala gaji boleh terus bergerak ke atas," katanya.



"Kita boleh berjaya jika setiap majikan belajar lebih menghargai setiap pekerja, dan setiap pekerja juga belajar menghargai setiap pekerjaan dengan lebih baik."



Orang bagus sentiasa berkurangan, oleh itu rakan tiga pihak - majikan, kesatuan sekerja dan Pemerintah - perlu bekerjasama untuk memanfaatkan sumber tersebut, kata Encik Lim.



Menyentuh mengenai ketidaktentuan ekonomi, beliau menambah: "Bekerja secara bersepadu, rakan tiga pihak kita telah membawa ekonomi dan tenaga buruh mengharungi kemerosotan dan muncul lebih kuat dan lebih bertenaga setiap kali, setiap masa. Saya percaya kita boleh melakukannya sekali lagi."



Pertumbuhan lebih perlahan ekonomi, guna tenaga dan produktiviti Singapura juga diketengahkan oleh Presiden Snef , Dr Robert Yap, dalam mesej Hari Pekerja beliau.



Menyifatkan keperluan meningkatkan produktiviti sebagai "mendesak", beliau berkata majikan dan kesatuan harus menangani tiga cabaran demografi tenaga kerja untuk berbuat demikian.



Pertama, perniagaan perlu mengubah proses mereka, menggunakan lebih automasi dan meningkatkan kemahiran pekerja untuk menangani pertumbuhan tenaga kerja yang rendah kepada 1 peratus setahun dan mendatar mulai 2020.



Kedua, amalan sumber manusia perlu berubah untuk mengambil kira tenaga kerja yang semakin tua. Pekerja tua juga perlu bersedia belajar kemahiran dan peranan baru.



Ketiga, peningkatan tahap pendidikan di Singapura menggariskan keperluan mewujudkan pekerjaan bermutu lebih baik bagi karyawan , pengurus dan eksekutif Singapura, yang juga perlu bertanggungjawab terhadap pembangunan kemahiran mereka, katanya.



Hari Pekerja jatuh Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >