Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Peringatan Negara 8 Jun bagi warga terkorban dalam gempa Sabah

Jun 07, 2015 | 06:09 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah melahirkan rasa sedihnya atas pemergian lapan orang warga Singapura yang terkorban akibat gempa bumi di Sabah dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tadi.


Esok, 8 Jun juga telah diisytiharkan sebagai Hari Peringatan Negara bagi mangsa gempa di Sabah.


Bendera negara di semua bangunan pemerintah akan dikibarkan separuh tiang esok demi memperingati warga Singapura yang terkorban, kata PMO.


Tempoh bertafakur selama seminit juga akan diadakan di semua tempat perlawanan Sukan SEA.


Seramai enam pelajar dan seorang guru Sekolah Rendah Tanjong Katong dan seorang pemandu kembara terkorban dalam kejadian gempa bumi itu. Seorang lagi guru dan pelajar belum lagi ditemui.


"Bagi pihak semua warga Singapura, Perdana Menteri melahirkan takziah dan simpati kepada keluarga dan orang-orang tersayang mereka. Sedang kami berdukacita atas pemergian warga muda ini, kami juga terdorong (take heart) mereka cuba memperluas batas mereka dan mencuba cabaran baru.


"Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja tanpa henti bagi usaha mencari, menyelamat dan memulih - pihak berkuasa Malaysia, pasukan mencari dan menyelamat, kakitangan hospital, dan semua pegawai dan sukarealawna yang membantu di Sabah dan Singapura," kata PMO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >