Hari pertama Bakal Presiden di Istana

BAKAL Presiden Singapura Puan Halimah Yacob sudah pun menjejakkan kaki di Istana pagi tadi untuk membiasakan diri dengan selok belok pejabat barunya itu.

Puan Halimah yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura malam ini telah mengunjungi beberapa kawasan termasuk tempat kediaman Sri Temasek serta taman yang dihiasi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di Istana.

Puan Halimah, 63 tahun, diisytiharkan sebagai Bakal Presiden setelah menang tanpa bertanding semalam.

Beliau bakal berkhidmat sebagai Presiden Wanita Singapura yang pertama dan Presiden Melayu yang kedua selepas Presiden Yusof Ishak, 47 tahun lalu.

https://cincopa.com/~A4IAXEOIqs01

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.