Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari pertama penutupan 19 stesen MRT sepanjang hari berjalan lancar, kata penumpang

Dec 10, 2017 | 08:30 PM



 





RAMAI penumpang tidak sedar stesen MRT tertentu ditutup 24 jam semalam - hari pertama dalam penutupan dua hari yang dijadualkan di beberapa stesen di laluan Timur-Barat (EWL) dan laluan Utara-Selatan (NSL).



Namun, penumpang yang ditemui akhbar The Straits Times (ST) berkata penutupan itu telah diadakan dengan teratur.



Papan tanda yang mengarahkan penumpang ke empat khidmat bas khas yang disediakan - ke arah Outram Park, Joo Koon, Tuas Link dan Choa Chu Kang - ditunjukkan dengan ketara kepada penumpang dan lebih 400 kakitangan dan marshal pengawal orang ramai ditugaskan untuk membantu penumpang.



Bagi membantu pekerja syif pulang atau pergi ke tempat kerja, khidmat bas ekspres juga disediakan antara stesen Boon Lay dengan Outram. Khidmat ini juga berhenti di stesen Jurong East dan Buona Vista - dua stesen pertukaran MRT.



Sehingga 31 Disember, 19 stesen di EWL dan NSL - yang berada di laluan 17 stesen dari Tiong Bahru ke Tuas Link di EWL - dan dari Bukit Batok ke Bukit Gombak di NSL - akan ditutup pada 11 malam pada Jumaat dan Sabtu, dan dibuka pada 8 pagi pada Sabtu dan Ahad.



Stesen ini akan ditutup sepanjang hari pada dua Ahad - 10 Disember dan 17 Disember.



Khidmat bas khas, yang dipandu lebih 700 pemandu akan mengikuti laluan stesen MRT ini. Tambang bagi khidmat bas ini juga sama dengan yang dikenakan bagi khidmat MRT.



Pengarah sokongan operasi dan urusan sumber Bas SMRT Encik Vincent Gay berkata beberapa penumpang telah mengadu bahawa mereka perlu berjalan agak jauh untuk beratur menanti khidmat bas khas.



Namun, Encik Gay berkata susunan ini dibuat supaya rangkaian jalan raya tidak menjadi sesak.



Pelajar menengah empat Muhammad Imran, 16 tahun, berkata dia terlupa penutupan stesen akan berlaku pada 10 Disember.



“Ia sedikit menyusahkan saya, dan saya rasa saya akan terlewat untuk pergi ke kelas agama di Marsiling. Tetapi kakitangan (SMRT) memberi arahan jelas (kepada penumpang,” ujar Muhammad Imran.



 Seorang setiausaha eksekutif berusia 60-an tahun, yang memberi nama sebagai Cik Goh berkata khidmat bas khas tiba dengan cepat.



“Saya rasa penutupan sepanjang hari dari masa ke semasa adalah baik untuk menyenggara landasan. Ia juga mengingatkan kita supaya menghargai khidmat keretapi,” katanya.



Cik Goh menaiki bas dari Clementi ke Jurong East untuk pergi ke gereja.



Penutupan sepanjang hari yang kedua dijadual pada 17 Disember.



Pengendali keretapi SMRT berkata bulan lalu bahawa ini dilakukan untuk mempercepat kerja pemasangan sistem isyarat baru dan mengalihkan EWL ke sistem isyarat baru pada Jun tahun depan, enam bulan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan sebelum ini.



 Isu ketidaksepadanan antara sistem isyarat baru dan lama menyebabkan dua keretapi MRT bertembung pada 15 November.



Di acara media pada Ahad, SMRT memberi wartawan peluang untuk melihat kerja penyenggaraan yang sedang dilakukan di stesen MRT Jurong East.



Ini termasuk kerja-kerja menggantikan litar elektrik di landasan dan penyenggaraan pintu automatik di platform, kipas jet dan lampu di stesen.



Ketua zamil bagi perhubungan dan isyarat di SMRT Trains Encik  Keith Lim berkata beliau mempunyai dua pasukan yang bekerja untuk menggantikan tiga litar elektrik di landasan dalam tempoh penutupan selama  5 ½ jam.



Biasanya, pasukan memerlukan antara dua dengan tiga malam semasa tempoh penyenggaraan biasa untuk menggantikan litar elektrik tunggal.



“Tempoh kejuruteraan yang dilanjutkan ini membenarkan kami mempersingkatkan masa yang diperlukan untuk menggantikan litar elektrik,” ujarnya.



SMRT sedang dalam proses menggantikan semua 1,300 litar elektrik landasan di NSL dan EWL. Buat masa ini, antara 30 dengan 40 telah digantikan.



 Pengarah prasarana dan bangunan di SMRT Trains, Encik Siu Yow Wee berkata sehingga 160 pekerja SMRT akan melaksanakan kerja penyenggaraan di prasarana stesen pada Ahad.



Katanya, kerja-kerja tertentu, seperti menggantikan bahagian pintu platform, memerlukan pekerja memasuki kawasan landasan.



“Kita tidak boleh melaksanakan banyak tugasan semasa tempoh penyenggaraan biasa antara 1.30 dengan 4.30 pagi. Penutupan stesen membantu kami mempercepat penyenggaraan pembetulan ini,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >