UMAT Islam Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok. Ini kerana Ramadan tahun ini berakhir hari ini iaitu hari ke-30 berpuasa.
Mengumumkan demikian semalam, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang semalam kerana bulan telah terbenam lebih awal. Justeru, ini bererti hari ini adalah pencukup bulan Ramadan 30 hari dan esok adalah permulaan Syawal bagi tahun 1437 Hijrah.