PARA mahasiswa Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) yang bercita-cita menjadi usahawan teknologi kini boleh menjangkakan sokongan kewangan yang lebih banyak.
Universiti itu telah menerima derma $1 juta daripada hartawan Indonesia, Dr Stephen Riady, bagi menyokong inovasi teknologi.