PENDEKATAN pemimpin Melayu/Islam dalam membantu masyarakat mencapai aspirasi keagamaan, termasuk dalam isu tudung, adalah dengan memperkukuh kepercayaan, pemahaman dan menambat hati warga Singapura menerusi dialog dan interaksi bermakna.
Sedang isu tudung terus disemak, seperti isu-isu sensitif melibatkan kaum dan agama yang lain, ia tidak harus dijadikan sebagai isu 'negara lawan agama' dan perlu ditangani dengan berhati-hati.