MEREKA yang ingin menghulurkan bantuan untuk rakyat Syria menerusi badan-badan dari luar negara dinasihati agar lebih berhati-hati kerana latar belakang sesebuah pertubuhan itu tidak dapat dipastikan sepenuhnya.
Malah lebih memburukkan jika bantuan yang dihulurkan menerusi laman Internet itu disalurkan kepada pihak yang tidak diingini seperti puak pelampau.