Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hati-hati tentang laman web CPF palsu

Dec 16, 2015 | 07:34 AM



LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) telah memberi amaran kepada para pencarum mengenai sebuah salinan palsu laman web korporatnya.


Dalam satu e-mel kepada ahlinya pada Selasa (15 Dis), CPFB berkata kewujudan laman web palsu itu telah dibawa kepada perhatiannya dan ia sedang berusaha menurunkannya.


CPFB mengingatkan ahlinya supaya sentiasa berwaspada dan menggunakan hanya laman web CPF rasmi - www.cpf.gov.sg - bagi semua keperluan maklumat dan transaksi berkaitan hal CPF.


Amaran serupa turut dipos di laman rasmi dan Facebook CPF.


Ia dikeluarkan sedang CPFB berusaha memulihkan e-perkhidmatan di laman webnya, yang terganggu disebabkan oleh komponen laman web tidak berfungsi dua minggu lalu.


Sehingga Selasa, 90 perkhidmatan telah dipulihkan.


Ia juga memberi amaran mengenai trafik tinggi ke laman webnya dalam beberapa hari akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >