Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hawazi adakan lawatan kerja kedua ke Tebing Barat dan Baitulmakdis

Aug 08, 2017 | 05:30 AM



WAKIL bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi, mengadakan lawatan kerja kedua ke Tebing Barat dan Baitulmakdis minggu lalu.



"Singapura berminat menyumbang kepada pembangunan Palestin, khususnya dalam program pembangunan keupayaan bagi pegawai perkhidmatan awam Palestin," ujar Encik Hawazi dalam satu catatan di Facebook kelmarin.



Dalam pertemuannya dengan Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dr Sabri Saida, Encik Hawazi telah membentangkan saranan Singapura membantu Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dalam bidang latihan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET).



Dalam mesyuarat yang lain, Encik Hawazi membincangkan pula bidang kerjasama teknikal yang boleh dilaksanakan di bawah rangka Pakej Bantuan Teknikal Tambahan oleh Singapura untuk PNA, dan meneroka kerjasama antara badan bukan pemerintah dan pertubuhan kebajikan di Singapura dengan Palestin.



Antara lain, Encik Hawazi turut menemui Menteri Ehwal Luar PNA, Dr Riyad Al-Maliki, di Ramallah buat pertama kali serta Menteri Ekonomi Kebangsaan PNA, Cik Abeer Odeh.



Encik Hawazi, mantan Setiausaha Parlimen Kanan yang bersara daripada politik pada 2015, turut memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi bukan Pemastautin Singapura ke Ghana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >