Sejak Biasiswa Possiswazah Muis (PGS) diperkenal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2005, seramai 26 orang telah menerima biasiswa dan geran. Muis membelanjakan lebih $1 juta daripada kutipan zakat bagi tujuan itu. Tahun ini, Muis menyambut ulang tahun ke-10 PGS dengan memberi Anugerah Sarjana Syed Isa Semait (SISS) kepada individu cemerlang. Ikuti wawancara FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) bersama beberapa penerima biasiswa dan bantuan Muis
MINAT mendalami ilmu agama dan keinginan mendapat perspektif yang berbeza mendorong Ustaz Muhammad Azfar Anwar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.