Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB: 3,000 penyewa flat jadi pemilik flat sendiri sejak lima tahun lalu

Feb 17, 2018 | 08:00 PM





MEMILIKI rumah sendiri memang sudah menjadi impian pasangan suami isteri Encik Mohd Aszrin Ahmad dan Cik Tasha Ahrens, kededuanya 43 tahun.



Dengan kehadiran anak mereka – Dean Joaquim, tujuh ta



hun; dan Sara Elizabeth, empat tahun – kededuanya berkeperluan khas, membulatkan lagi tekad pasangan ini berpindah ke rumah sendiri.



Selepas tujuh tahun tinggal di rumah sewa – daripada rumah sewa sebilik di Holland Close kepada rumah sewa dua bilik di Clementi – akhirnya mereka dapat berbangga dengan kemampuan membeli flat tiga bilik di Canberra Street tahun lalu menerusi Penjualan Baki Flat (SBF).



Lebih membanggakan, mereka dapat membeli flat berharga $167,000 itu dan membayar sepenuhnya hasil duit yang dikumpul dalam Tabung Simpanan Kerja (CPF) Encik Mohd Aszrin sepanjang 10 tahun lalu.



Sebagai pemohon kali pertama juga, Encik Aszrin, seorang pega



wai penasihat kualiti yang membawa pulang gaji $1,800 sebulan, dapat meraih manfaat daripada Geran Perumahan Tambahan CPF (AHG) sebanyak $40,000 dan Geran Perumahan Khas CPF (SHG) sebanyak $40,000.



“Alhamdulillah berkat bantuan pelbagai geran Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), akhirnya kami dapat flat sendiri.



“Tidak perlu lagi kita tinggal dalam keadaan sempit sekeluarga.



“Meskipun peralatan rumah agak asas, dari segi suasana persekita ran, ia lebih selesa dan tidak terlalu bising,” ujar Encik Aszrin.



Beliau antara 3,000 pemilik rumah sewa yang berjaya membeli flat pertama menerusi skim Bina Ikut Tempahan (BTO) atau SBF sepanjang lima tahun lalu dari 2013 hingga 2017, kata HDB menerusi satu kenyataan semalam.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >