LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan 17,000 flat baru tahun depan berbanding 17,584 flat yang telah dilancarkan tahun ini.
Dalam satu catatan blog yang diterbitkan hari ini, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata pembeli boleh menjangkakan projek meliputi estet matang dan estet kurang matang, termasuk flat di bandar Tengah yang baru.
Pada pertengahan kedua 2018, HDB akan melancarkan sekitar 1,000 Bina Ikut Tempahan (BTO) flat di Sembawang, Sengkang dan Yishun dengan masa menunggu 2.5 tahun, berbanding tiga atau empat tahun bagi projek BTO biasa.