LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan 17,000 flat baru tahun depan, berbanding 17,584 flat yang telah dilancarkan tahun ini.
Dalam satu catatan di blog Housing Matters semalam, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata pembeli boleh menjangkakan projek itu di estet matang dan estet bukan matang, termasuk flat di bandar Tengah yang baru.