Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 4,170 flat baru di Bukit Batok, Sengkang dan Bidadari

Feb 24, 2016 | 03:37 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melancarkan 4,170 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama bagi 2016.


Ia merangkumi tiga projek baru: West Plains @ Bukit Batok, Alkaff Oasis di Bidadari, Toa Payoh dan Anchorvale Plains di Sengkang.


Sebanyak 1,594 unit akan dilancarkan di Alkaff Oasis, yang terletak di sebuah bandar matang. West Plains dan Anchorvale Plains, kedua-duanya di bandar belum matang, masing-masing akan mempunyai 1,655 dan 921 flat.


Ia kumpulan pertama daripada 18,000 flat - bertambah daripada 15,000 pada 2015 - yang HDB dijangka lancarkan tahun ini untuk menampung peningkatan permintaan yang dijangka.


Harga, tidak termasuk geran, bermula daripada $266,000 bagi flat empat bilik dan antara $324,000 dan $367,00 bagi flat lima bilik di West Plains dan Anchorvale Plains.


Harga flat empat dan lima bilik di Alkaff Oasis masing-masing bermula daripada $440,000 dan $546,000.


Pembeli layak boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui HDB Infoweb dari Rabu (24 Feb) hingga 1 Mac, ujar HDB dalam satu kenyataan akhbar.


Mereka juga boleh melawat Hab HDB Toa Payoh atau mana-mana cawangan HDB untuk mengemukakan permohonan.


Pemilihan flat akan dimulakan pada Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >