WANG tunai atas taksiran (COV) tidak akan lagi menjadi sebahagian daripada proses rundingan jual beli flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), memandangkan pembeli dan penjual kini perlu akur mengenai harga sebelum mendapatkan penilaian rasmi sesebuah flat.
Dengan ini, HDB kini akan menerima permohonan penilaian daripada pembeli flat jualan semula hanya setelah beliau diberi Pilihan Untuk Membeli (OTP) oleh penjual flat.