LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) mempunyai rancangan untuk memperkenalkan beberapa teknologi bijak di projek-projek perumahannya.
Mengumumkan satu rangka kerja baru semalam, teknologi-teknologi tersebut akan diperkenalkan dalam perancangan bandar, mengekalkan keadaan sekitaran, pengurusan estet dan mewujudkan prasarana digital bagi rumah-rumah 'bijak'.
Bermula dengan estet pertama di Punggol Northshore yang akan datang, teknologi-teknologi seperti sistem pengurusan kuasa tenaga di rumah akan diuji.
Sistem seperti itu membolehkan para penduduk memantau corak penggunaan kuasa tenaga di rumah.
Idea-idea lain termasuk menguji kaedah-kaedah untuk menentukan keberkesanan kos bagi iniasitif-inisiatif seperti panel solar dan kipas bijak di kawasan-kawasan bersama, yang boleh menyesuaikan penggunaannya mengikut paras suhu dan kelembapan.