TERUJA tidak terkira apabila mendapat surat daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyuruh beliau dan suami mengambil kunci rumah - flat bina ikut tempahan (BTO) jenis empat bilik di Pasir Ris pada Disember lalu.
Namun, apabila Cik Mashita (nama samaran) baca selanjutnya, perasaan gembira bertukar kepada duka apabila mereka diperlukan melunaskan levi sekitar $20,000 bagi flat lama suaminya yang telah dijual.