SEORANG lelaki Canada yang menjatuhkan basikalnya ke bonet sebuah kereta didenda $2,500 semalam kerana mengakibatkan kerosakan.
Jason Blair Unger, 40 tahun, seorang perunding akademik, mengaku berbuat demikian hingga menyebabkan kereta Encik Woo Wing Onn mengalami penyok dan calar di Selegie Road sekitar 9.52 malam 17 Oktober tahun lalu.