Hendak 3 buku percuma? Bacalah.

HENDAK buku percuma?

Mudah sahaja - baca buku dan Lembaga Perpustakaan Negara akan beri anda tiga buku.

Skim ini diadakan NLB untuk menggalak amalan membaca memandang semakin kurang orang meminjam buku.

Mereka yang berminat mendapatkan buku percuma itu boleh melawat dua perpustakaan bergerak mini Sabtu (2 Julai) ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah tandatangani ikrar dalam talian bahawa anda akan membaca. Sebagai ganjaran, anda akan diberi pilihan tiga buku daripada pelbagai genre, merangkumi daripada buku kanak-kanak hingga bukan fiksyen.

Pada Sabtu ini, perpustakaan mini itu - van penuh dengan buku - akan diletak di Taman Bishan-Ang Mo Kio dari 8 hingga 11 pagi dan di Taman East Coast dari 4 petang hingga 7 malam.

Pemberian itu sebahagian daripada Gerakan Membaca Kebangsaan yang dilancarkan oleh NLB bagi memupuk tabiat membaca aktif di Singapura.

Kira-kira 10,000 buku akan diberi.

Ia juga sebagai respons kepada rekod pinjaman NLB tahun lepas, yang menunjukkan 32.5 juta buku dipinjam dari perpustakaan awam di seluruh negara. Bilangan itu jauh lebih rendah berbanding 38.5 juta pada 2012 apabila pinjaman berada di kemuncaknya.

Encik Stanley Tan, pemangku pengarah perkhidmatan perpustakaan awam di NLB, berkata pemberian buku itu bertujuan membantu orang ramau memulakan amalan membaca sepanjang hayat.

"Idea ini bertujuan memperkenalkan keseronokan membaca kepada seberapa ramai orang yang boleh, dengan cara paling tidak dijangka.

"Di taman, kita boleh mendekati keluarga dan menggalak mereka memupuk tabiat membaca positif," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.