Heng pimpin pasukan bertindak tangani aduan projek DBSS Tampines

MENTERI Pendidikan Heng Swee Keat akan menyelia sebuah pasukan bertindak khas untuk menangani keprihatinan para penduduk Tampines Centrale 8 yang kecewa dengan kerosakan dan isu-isu rekaan projek Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS).

Encik Heng merupakan Anggota Parlimen (AP) kawasan undi tersebut dan penasihat badan-badan akar umbi Tampines.

Dipimpin oleh pengarah kumpulan kawasan undi GRC Tampines Kelvin Thong, pasukan bertindak yang baru dibentuk itu merangkumi anggota-anggota Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Tampines dan wakil-wakil daripada pelbagai agensi seperti Majlis Bandaran Tampines dan HDB.

Pasukan itu dibentuk selepas lebih 700 penduduk membuat petisyen kepada pemaju projek Sim Lian Group menyusuli kerosakan-kerosakan yang terdapat dalam projek perumahan itu, seperti hendal pintu yang karat, jubin yang tidak rata dan tandas tersumbat.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.