SELAMA hampir setengah jam pemimpin Parti Pekerja (WP) semalam bertikam lidah dengan pemimpin parti pemerintah semasa membahaskan pindaan rang undang-undang Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) di Parlimen.
Menteri Pendidikan Encik Heng Swee Keat mengemukakan pindaan itu antara lain untuk mengabungkan nama Almarhum Encik Yusof Ishak dengan Iseas sebagai memperingati jasa Presiden Singapura yang pertama itu.