Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heng Swee Keat akan sambung semula tugas Menteri Kewangan, Lawrence Wong jadi Menteri Kewangan Kedua

Aug 21, 2016 | 10:48 PM



ENCIK Heng Swee Keat akan menyambung semula tugasnya sebagai Menteri Kewangan, tetapi dengan interaksi minimum.



Selain itu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, akan dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua bagi membantu beliau berhubung tanggungjawab operasi di Kementerian Kewangan (MOH).



Ini diumum Perdana Menteri Lee Hsien Long semasa menegaskan Singapura mesti mempunyai sebuah pasukan kuat dan satu barisan besar pemimpin berbakat bagi mempunyai peluang terbaik untuk berjaya, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad malam (21 Ogos).



Encik Lee berkata beliau gembira Encik Heng telah sembuh dan beransur-ansur kuat semula.



"Doktor mengesyorkan Swee Keat mengelakkan hubungan dengan orang ramai bagi sekurang-kurangnya beberapa bulan lagi, untuk mengurangkan risiko jangkitan



"Jadi, beliau tidak boleh melakukan kerja masyarakat dan akar umbi biasa beliau selama beberapa bulan



"Tetapi mereka telah memberinya lampu hijau untuk melakukan kerja-kerja pejabat, dengan interaksi minimum



"Saya telah memutuskan bahawa Swee Keat akan meneruskan tugas sebagai Menteri Kewangan," kata Encik Lee, sambil menambah Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam akan berhenti melakukan tugas Encik Heng sebagai Pemangku Menteri Kewangan.



Encik Heng akan memberi tumpuan pada Belanjawan tahun depan dan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE), yang dipengerusikannya.



"Saya akan melantik seorang Menteri Kedua bagi membantu beliau dengan tanggungjawab operasi di MOF. Beliau ialah Encik Lawrence Wong," tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >