SERAMAI 255 daripada 325 pesakit yang telah menjalani ujian didapati negatif bagi virus hepatitis C, umum Hospital Besar Singapura dalam maklumat terkininya pada Isnin (12 Oktober) malam.
Menurutnya, 207 pesakit telah pun dimaklumkan mengenai hasil ujian mereka.
Hasil ujian baki 70 pesakit belum siap, manakala 289 pesakit lagi telah mengesahkan janji temu mereka bagi ujian tersebut.
SGH menambah bahawa sejumlah 253 daripada 319 kakitangannya telah menjalani ujian itu, sedang lebih ramai kakitangan tampil secara sukarela untuk diuji.
Minggu lalu, SGH mendedahkan bahawa 22 pesakit yang tinggal di wad ginjalnya dijangkiti hepatitis C semasa menerima rawatan.