Hepatitis C: 290 pesakit dan 263 kakitangan SGF disah negatif

HOSPITAl Besar Singapura (SGH) dalam maklumat terkini pada Selasa (13 Okt) malam menyatakan 290 pesakit dan 263 kakitangannya diuji negatif bagi jangkitan hepatitis C.

Seramai 402 daripada 678 pesakit telah diuji, dengan 112 hasil ujian belum siap. Pesakit yang disahkan negatif telah diberitahu mengenai hasil ujian mereka.

Bagi kakitangan, 270 daripada 319 telah menjalani ujian bagi virus tersebut.

SGH mendedahkan minggu lepas bahawa 22 pesakit yang tinggal di wad ginjal dijangkiti hepatitis C semasa menerima rawatan. Lapan pesakit meninggal dunia akibat virus itu.

Dalam pengemaskiniannya, hospital itu berkata doktor dan pekerja sosial perubatannya berterusan menemui pesakit terjejas dan keluarga mereka untuk memberi sokongan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.