Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hepatitis C mungkin 'faktor penyumbang' dalam satu kematian

Oct 20, 2015 | 12:24 PM



JAWATANKUASA Semakan Perubatan mendapati jangkitan virus hepatitis C (HCV) mungkin menjadi satu "faktor penyumbang" dalam kematian seorang pesakit yang puncanya belum dikenal pasti.


Dalam satu kenyataan pada Isnin (19 Okt) malam, Hospital Besar Singapura (SGH) berkata jawatankuasa yang dipengerusikan seorang hepatologist kanan luar itu telah menyelesaikan siasatannya berhubung kematian tersebut.


Pesakit itu antara lapan pesakit yang meninggal dunia daripada kumpulan 22 pesakit yang dikenal pasti lebih awal telah dijangkiti HCV di SGH awal tahun ini.


Dalam satu sidang media pada 6 Oktober, SGH berkata virus tersebut tidak boleh diketepikan sebagai penyebab penyumbang kepada empat kematian, manakala tiga meninggal dunia akibat punca tidak dikaitkan dengan virus itu dan satu kes sedang diselidik.


Dalam kenyataan pada Isnin itu, pengerusi lembaga perubatan itu, Profesor Fong Kok Yong, berkata: "Jawatankuasa ini membuat kesimpulan bahawa pesakit meninggal dunia akibat tahap akhir penyakit ginjal dan radang paru-paru.


"Walaupun kematian itu tidak disebabkan secara langsung oleh HCV, jawatankuasa ini tidak dapat menolak kemungkinan jangkitan HCV menjadi faktor penyumbang."


Dalam pada itu, tiada kes baru hepatitis C dilaporkan.


SGH berkata hingga 6 petang Isnin, 484 daripada 572 pesakit yang telah diuji didapati negatif bagi HCV.


Hasil ujian baki 88 pesakit belum siap.


Tiada seorang pun daripada 294 kakitangan SGH yang telah diuji didapati positif HCV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >