Hepatitis C: SGH akan periksa 350 lagi pesakit

SEBUAH jawatankuasa bebas yang sedang menyiasat wabak penyakit hepatitis C di Hospital Besar Singapura (SGH) telah mencadangkan agar lebih ramai orang diperiksa bagi virus itu.

Ini bagi mengesahkan bahawa langkah berjaga-jaga yang dilaksana hospital itu telah berkesan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Okt).

Jawatankuasa semakan tewrsebut berkata kesemua pesakit yang dimasukkan ke wad 64A dan 67 antara Julai dan bulan lalu harus diperiksa, sebagai tambahan kepada pesakit yang ditinggal di dua wad ginjal itu antara Januari dan Jun.

Ini bermakna tambahan 350 orang akan menjalani pemeriksaan.

"Ia beberapa minggu yang sangat sibuk sedang pasukan ini meneruskan kerja mengkaji semula proses, mengenal pasti jurang dalam kawalan jangkitan, dan menganalisis dan mentafsirkan penemuan," kata pakar penyakit berjangkit, Profesor Leo Yee Sin, yang mempengerusikan jawatankuasa itu.

"Siasatan sedang berjalan lancar. Kami mempunyai akses penuh kepada maklumat dan sumber yang diminta oleh jawatankuasa ini."

Pada 6 Oktober, SGH mengumumkan bahawa 22 pesakit ginjalnya dijangkiti hepatitis C ketika menerima rawatan di wad 64A dan 67.

Lapan pesakit meninggal dunia, dengan lima kematian mungkin ada kaitan dengan jangkitan virus tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan pada Rabu, SGH berkata ia akan mula menghubungi semua pesakit yang dimasukkan ke wad terjejas antara Julai dan September bagi menjalani pemeriksaan.

Setakat ini, ia telah memeriksa 601 pesakit dan 594 disahkan negatif. Tiga didapati positif, manakala hasil pemeriksaan empat pesakit belum siap.

Selain itu, 311 kakitangan hospital itu telah diperiksa. Semua kecuali satu diuji negatif. Hasil baki satu pemeriksaan belum siap.

Pesakit tidak pasti apakah mereka mungkin terjejas boleh menghubungi 6321-3356 atau menghantar SMS kepada 8799-2736 atau e-mel check@sgh.com.sg.

Mereka dikehendaki memberi nama dan nombor kad pengenalan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.