Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidung sensitif mungkin punca pesakit semput tidak dapat tidur malam

Dec 02, 2015 | 10:04 AM



SEBAHAGIAN daripada masalah orang yang tidak dapat tidur malam disebabkan pesakit semput mungkin terletak pada hidung mereka.


Satu kajian baru menunjukkan kaitan alahan hidung - lebih dikenali sebagai hidung sensitif - yang tidak dirawat secukupnya dengan kenaikan 50 peratus serangan semput pada waktu malam.


"Jika anda merawat penyakit semput anda, anda harus merawat hidung sensitif anda pada masa sama," kata Dr Tan Ngiap Chuan, seorang penyelidik utama kajian tersebut, dan pakar perubatan keluarga serta pengarah penyelidikan di Poliklinik SingHealth, lapor akhbar The Straits Times.


Bagi pesakit sedemikian, lebihan lendir terkumpul semasa tidur dan mengganggu tekak, yang boleh menyebabkan batuk.


Kajian itu juga mendapati apabila pesakit mengikut arahan betul mengenai cara mengatasi gejala mereka, risiko masalah waktu malam itu berlaku berkurangan 63 peratus.


Dijalankan oleh Poliklinik SingHealth dan Sekolah Perubatan Siswazah Duke-NUS, kajian tersebut berharap dapat menggalak kedua-dua pihak, doktor dan pesakit semput, memantau dengan teliti keadaan perubatan mereka.


Dua daripada pesakit Dr Tan, Cik Lim Kim Liang, 77 tahun, dan kakaknya, Cik Lim Kim Joo, 84 tahun, mengalami semput semasa kanak-kanak dan berada di bawah jagaan Dr Tan kira-kira 10 tahun.


Cik Kim Joo berkata penyakit semput mereka bertambah baik selepas Dr Tan menjelaskan kepada mereka cara betul mengambil ubat.


"Semput saya dulu lebih teruk. Saya tidak dapat tidur dengan baik dan batuk sepanjang malam," katanya.


Semput menjejas kira-kira satu dalam 10 orang dewasa Singapura, dengan sepertiga mengalami masalah pada waktu malam daripada sesak nafas hingga batuk berterusan yang membuat mereka terbangun dan penat pada siang hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >