Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Hidupan liar SG boleh pupus akibat cuaca semakin panas

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



CUACA terik dijangka akan terus meningkat dengan suhu yang mungkin mencecah 40 darjah Celsius menjelang 2045. Ini bermakna kehidupan tropika di sini mula menderita.



Dunia yang semakin panas boleh mengubah cara kehidupan dan kelakuan haiwan di bandar dan membawa beberapa spesies di sini hampir pupus, kata naturalis kepada akhbar The Straits Times.



Cuaca kering baru-baru ini telah memberikan sebab untuk mengesyaki kebimbangan demikian.



Antara haiwan yang terjejas adalah spesies monyet yang terancam, langur berjalur Raffles, minum air daripada longkang untuk menghilangkan dahaganya, kata pakar primata, pengerusi kumpulan kerja Raffles' Banded Langur, Encik Andie Ang.



Baru sahaja bulan lepas, seekor bayi langur telah diselamatkan oleh badan kebajikan haiwan, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) selepas ia ditemui terperangkap dalam longkang besar di Yio Chu Kang.



"Haiwan seperti langur biasanya mendapat air daripada sungai, lubang pokok dan tumbuhan yang mereka makan.



"Jika sungai kering atau lubang pokok tidak tiada takungan air kerana kurang hujan, mereka terpaksa mencari air daripada sumber lain,"kata Dr Ang.



Ini menimbulkan ancaman bahaya yang baru kepada spesies monyet di Singapura ini.



Walaupun populasi mereka telah meningkat daripada 40 hingga 70 dalam dekad yang lalu, spesies itu masih menghadapi risiko kepupusan kerana kumpulan genetik yang kecil.



Dengan suhu purata semakin meningkat, sesetengah haiwan dijangka akan berkelakuan lain dan berbeza ataupun akan meneroka kawasan baru untuk mencari perlindungan dan tempat berteduh. Misalnya di bawah kenderaan atau tanam-tanaman di taman, ataupun di tempat tinggal manusia, kata rakan kongsi pengurusan dan perunding veterinar VetTrust Singapore, Dr Teo Boon Han.



Jika lebih kehidupan liar pindah ke kawasan bandar, ini akan meningkat interaksi haiwan bersama manusia dan berpotensi munculnya konflik yang akan membahayakan haiwan dan orang awam, tambah beliau. Dr Teo juga harap lebih kajian akan dilakukan untuk mengkaji kesan perubahan iklim terhadap flora dan fauna di Singapura.



Suhu persekitaran yang kerap berubah juga kini telah menunjukkan kesan perubahan tingkah laku haiwan dan ini sudah menjadi bukti di serata dunia, ujar Dr Teo lalu menukil kajian ikan paus pada 2020 di California yang mencari makan berhampiran pantai akibat gelombang haba lautan yang menyebabkan mereka terperangkap dengan peralatan menangkap ikan.



Selain haiwan kehidupan liar, suhu yang kerap naik turun dengan ketara juga boleh menjejas haiwan peliharaan di sini.



Baka anjing dengan muncung yang pendek seperti bulldog, pug dan shihtzus berisiko mengalami tekanan haba, yang boleh menyebabkan mereka sukar bernafas, kata Dr Teo yang perhatikan bahawa kes sedemikian seringnya terjadi semasa cuaca panas yang terik.



Penyelaras serantau pemuliharaan spesies migrasi di BirdLife International, Dr Yong Ding Li berkata dalam jangka panjang, kehilangan habitat dan perubahan yang didorong perubahan iklim yang digabungkan dengan suhu pemanasan berkemungkinan akan menyebabkan beberapa spesies haiwan untuk pupus.



Burung yang tinggal di hutan tropika termasuk beberapa spesies yang terdapat di Singapura, biasa dengan cuaca yang stabil dan sejuk di bawah kanopi pohon. Justeru, ia tidak akan dapat menahan pendedahan pendedahan berpanjangan kepada suhu melampau dan turun naiknya, tambahnya.



Namun ini tidak bermakna burung yang tinggal di bandar boleh tahan cuaca yang lebih panas.



"Burung dan haiwan lain juga boleh mati akibat tekanan haba dalam persekitaran yang lebih panas jika kurang akses kepada air dan tempat perlindungan," kata Dr Yong.



Para saintis juga telah perhatikan bahawa burung yang tinggal di gunung juga pindah ke kawasan yang lebih tinggi untuk menangani cuaca yang lebih panas di altitud rendah.



Di sepanjang pantai, terumbu karang juga terdedah kepada pemutihan karang, fenomena yang telah menyebabkan sebahagian besar warna luntur dari batu karang Australia, Great Barrier Reef, di tengah-tengah peningkatan suhu laut.



Pemutihan batu karang berlaku apabila polip karang mengalami tekanan akibat faktor persekitaran seperti kenaikan suhu air, menyebabkan mereka mengeluarkan alga dan mendedahkan rangka kalsium karbonat yang putih, kata pengarah kumpulan Pusat Biodiversiti Kebangsaan di Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Ryan Lee.



Singapura telah mencatat tiga peristiwa pemutihan skala besar - pada 1998, 2010 dan 2016 - diikuti dengan pemutihan koloni terpencil merentasi beberapa kawasan pasang surut, tambahnya.



Sejak 2010, NParks telah menubuhkan program pemantauan pemutihan karang. Purata suhu permukaan laut tempatan tidak melebihi ambang pemutihan iaitu 31.14 darjah Celsius, kata Encik Lee.



Data itu juga dapat menunjukkan pemulihan pasca pemutihan batu karang yang baik, dengan beberapa terumbu karang pulih kembali ke tahap pra 1980-an, dalam tinjauan terkini dan ini amat menggalakkan, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >