Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hina mahkamah: Rayuan penulis blog Alex Au ditolak

Dec 01, 2015 | 05:20 PM



Mahkamah Rayuan hari ini (1 Dis) menolak rayuan blogger sosio-politik Alex Au terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah menghina mahkamah.


Walaupun Au, 62, tidak merayu terhadap hukuman, mahkamah rayuan itu menyatakan bahawa denda $8,000, yang sudah dibayarnya, "sesuai sepenuhnya".


Hakim Rayuan Andrew Phang, yang menyampaikan keputusan mahkamah tiga hakim itu, berkata artikel Au menimbulkan risiko nyata akan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.


"Ia direka dengan teliti supaya dapat menyerupai sindiran yang sama berkesan - jika tidak lebih berkesan - dengan kenyataan terang-terangan atau yang diucapkan," kata Hakim Phang.


Artikel Au juga bukan merupakan kritikan adil, kata mahkamah.


Kes itu berpunca daripada artikel yang disiarkan oleh Au di laman Yawning Bread-nya pada Oktober 2013, bertajuk '377 roda terkeluar daripada rancangan terbaik i Mahkamah Agung'.


Dalam artikel itu, Au memberi bayangan ada berat sebelah di pihak Hakim Besar Sundaresh Menon dalam penjadualan dua kes berasingan yangt mencabar agar dimansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menghukumkan hubungan seks antara lelaki sebagai satu perbuatan jenayah.


Cabaran pertama ialah oleh Encik Tan Eng Hong pada 2010, selepas beliau ditangkap dengan seorang lelaki di dalam tandas.


Yang kedua oleh pasangan gay Gary Lim dan Kenneth Chee, yang difailkan tiga bulan selepas Encik Tan dibenar untuk meneruskan cabarannya pada 2012.


Ay menulis bahawa "penjadualan aneh" telah berlaku untuk membolehkan Hakim Besar Menon duduk dalam Mahkamah Rayuan tiga hakim bagi mendengar cabaran Encik Tan.


Hakim Phang juga menolak tuntutan Au bahawa beliau hanya meringkaskan satu artikel dalam akhbar The Straits Times mengenai kes itu, tetapi dengan menggunakan "penyusunan kata-kata berbeza".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >