PERPINDAHAN Persatuan Hira dan Teduhan Kasih, rumah tumpangan sementara bagi bekas penagih degil kelolaannya ke Bedok North Street 3 baru-baru ini memberi nafas baru dalam usaha membantu golongan penagih yang terperangkap dalam lingkaran musibah itu.
Tanpa diduga, masalah persatuan dan rumah tumpangan tersebut yang kebetulan terletak dalam divisyen Kaki Bukit, telah menarik perhatian dan simpati penasihat akar umbinya, Encik Shamsul Kamar Mohamed Razali.