Home Team hantar pasukan menyelamat ke Nepal

SEBUAH kontinjen Home Team seramai 69 anggota telah berlepas ke Nepal semalam, untuk memberi bantuan menyelamat menyusuli kejadian gempa bumi di negara itu hujung minggu lalu.

Kontinjen tersebut terdiri daripada para pegawai daripada Ops Lionheart Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) termasuk pegawai Gurkha, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam.

Mereka telah berlepas ke Nepal menaiki pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Kontinjen tersebut, yang merangkumi pegawai sepenuh masa dan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen), diketuai Komander Divisyen SCDF Ketiga, Leftenan Kolonel (LTC) Alvin Tan.

Ia akan menyokong usaha mencari dan menyelamat dan lain-lain usaha bantuan bencana di Nepal.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua bagi Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkfli, telah mengucapkan selamat jalan kepada kontinjen tersebut di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.