Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team perlu terus manfaat teknologi, lawan jenayah dalam talian

Jul 28, 2023 | 06:16 PM



Pasukan Home Team perlu mengekalkan usaha transformasi, serta terus melepasi sempadan teknologi dan inovasi agar hasilnya dapat memperkukuh operasi mereka.

Ini sedang Singapura berdepan dengan ancaman dan cabaran termasuk jenayah siber, ideologi radikal, dan sikap liberal terhadap dasar dadah, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo di acara penyampaian biasiswa dan penajaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat.

Dalam dunia yang terhubung, jenayah siber dan penipuan sedang melonjak, kata Cik Teo sambil menukil jumlah kes penipuan yang meningkat kira-kira 33 peratus dari 2021 hingga 2022.

“Masalah ini akan berterusan sedang penjenayah berkemungkinan akan menyalahguna kemajuan dalam teknologi, seperti kecerdasan buatan generatif, untuk melakukan jenayah dalam talian dengan lebih canggih,” katanya.

Dalam pada itu, penyebaran ideologi radikal dalam talian terus mendorong ancaman radikalisasi diri sendiri di Singapura.

Ini dilakukan menerusi video, podcast, media sosial, aplikasi mesej malahan wadah ‘gaming’ dalam talian, kata Cik Teo.

Di samping itu, Cik Teo turut menarik perhatian terhadap kumpulan kepentingan antarabangsa yang memperjuangkan sikap liberal terhadap dasar dadah dan negara lain yang melonggarkan undang-undang dadah mereka.

Ini boleh menjejas Singapura, kata Cik Teo.

“Perang terhadap dadah untuk memastikan Singapura bebas dadah akan menjadi semakin mencabar sekiranya sikap liberal terhadap penggunaan dadah berakar di Singapura seperti bahagian lain di dunia,” tekannya.

Cik Teo berkata Home Team kini menggunakan teknologi untuk memupuk kerjasama lebih kukuh merentas sektor pemerintah, privet dan rakyat bagi melawan ancaman seperti penipuan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) contohnya, bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi tempatan untuk menghentikan talian yang digunakan buat tujuan penipuan.

Bagi penipuan laman web pula, SPF menggunakan alat analitik untuk mengenal pasti dan menghalangnya.

“Home Team juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menjaga saluran perbankan dan khidmat pemerintah bagi mengurangkan kelemahan sistem,” kata Cik Teo.

Dari segi sumber tenaga kerja, teknologi digunakan bagi mencapai kecekapan lebih baik.

Cik Teo menukil contoh Sistem AVATAR Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang menggunakan analitik video bagi memaklumkan pegawai penjara kepada sikap yang tidak normal atau agresif dalam kalangan banduan, lantas membolehkan pegawai bertindak balas dengan lebih cepat demi keselamatan semua.

Cik Teo menambah:

“Pada tahap pegawai individu, mempertingkat kemahiran digital adalah keperluan dalam era digital ini. Semua orang perlu belajar menggunakan produk teknologi yang akan mempertingkat kecekapan dan keberkesanan kita di tempat kerja. Pelaburan kita dalam teknologi pada tahap pertubuhan hanya boleh memberikan hasil baik apabila pegawai dapat memanfaatkan alat ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >