MENTERI Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, akan menyertai Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mulai Sabtu depan dan menjadi timbalan setiausaha agungnya.
Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.
NTUC dalam satu kenyataan kelmarin berkata Encik Chee, yang akan melepaskan pelantikannya dalam Kementerian Ehwal Luar sebagai sebahagian rombakan Kabinet yang diumumkan bulan lalu, akan dilantik (co-opted) ke dalam jawatankuasa pusatnya.
Encik Chee, 47 tahun, juga akan menggalas peranan sebagai pengarah kumpulan bagi kumpulan latihan dan transformasi NTUC.