Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBEZAAN PENDAPAT

Hormati perbezaan pendapat majoriti, minoriti dalam masyarakat

Apr 10, 2016 | 05:30 AM



PANDANGAN yang tersebar luas dalam media sosial tidak semestinya mewakili pandangan majoriti dalam masyarakat, kata Penyelidik Bersekutu Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Azeemah Mustafa.



"Ada pelbagai pemikiran dalam masyarakat dan kita perlu mendengar daripada semua pihak, bukan di media sosial sahaja.



"Apa dipaparkan dalam wadah itu tidak semestinya apa yang masyarakat kita fikirkan," ujar penyelidik daripada Jabatan Perhubungan dan Media Baru NUS itu lagi.



Beliau berkata demikian semasa menyertai perbincangan meja bundar Berita Minggu baru-baru ini yang mengupas topik kepelbagaian.



Antara lain, peserta menimbulkan isu ucapan kepada penganut agama lain bagi perayaan mereka.



Ucapan sedemikian mendapat banyak perhatian, termasuk dalam media sosial, awal tahun ini.



Januari lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam menarik perhatian kepada sentimen sesetengah Muslim di sini yang tidak membenarkan ucapan "Selamat Hari Natal" kepada penganut Kristian atau "Selamat Deepavali" kepada penganut Hindu.



Asatizah setempat akur meskipun terdapat perbezaan pendapat mengenai isu tersebut, mereka lebih cenderung kepada pandangan yang membolehkan ucapan itu kerana ia lebih relevan terhadap konteks kehidupan berbilang bangsa dan agama di sini.



Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Mustafa Izzuddin, berkata majoriti masyarakat Melayu/Islam di sini bertoleransi berkaitan kepelbagaian, termasuk dalam konteks berbilang kaum di Singapura.



"Kita harus menggalakkan majoriti dalam masyarakat supaya bersuara dan mengetengahkan pandangan mereka juga," ujar Dr Mustafa.



Hal ini disetujui Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Namun, beliau berkata perlu ada usaha mendekati golongan minoriti itu yang tidak bersetuju dengan pandangan majoriti.



"Kita tidak mahu menolak mereka sama sekali. Kita harus membantu mereka memahami konteks kehidupan masyarakat kita yang wujud dengan kaum lain, bahawa pemikiran mereka berbeza daripada pemikiran majoriti dan penghormatan harus wujud dalam konteks itu," ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >