Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital Masyarakat Yishun baru mula dibuka

Dec 28, 2015 | 01:04 PM



HOSPITAL Masyarakat Yishun di Yishun Central, yang menelan belanja $320 juta, mula membuka pintunya kepada pesakit pada Isnin (28 Dis).


Hospital dengan 428 katil itu, yang menawarkan penjagaan pemulihan, sub-akut, demensia dan paliatif, dibuka secara berperingkat dan akan bermula dengan lima wad bersubsidi, atau 170 katil.


Kemudahan pesakit luar seperti Pusat Pemulihan Hari akan dibuka pada suku ketiga tahun depan.


Institut Pendidikan & Penyelidikan Geriatric nasional, yang akan ditempatkan di hospital itu, akan dibuka pada separuh kedua tahun depan.


Hospital itu dihubungkan secara langsung ke Hospital Khoo Teck Puat dan pesakit boleh dipindahkan dengan mudah dari situ bagi penjagaan peringkat seterusnya dalam pemulihan mereka.


Pesakit dari hospital penjagaan akut dan rumah penjagaan lain juga akan diterima.


"Ini hospital 'kembali sembuh' - kami membantu pesakit sembuh dan pulang ke rumah secepat mungkin," kata Encik Liak Teng Lit, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Alexandra Health System.


Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hospital Masyarakat Yishun berkata wadnya mempunyai beberapa ciri bagi menggalak pesakit lebih berdikari.


Sebagai contoh, wad mempunyai balkoni dengan pemandangan untuk menarik pesakit meninggalkan katil mereka dan berjalan-jalan. Ini direka bagi membantu mereka mendapatkan semula kekuatan dan pergerakan.


Gimnasium pemulihan pula disediakan di semua empat tingkat hospital tersebut supaya setiap gimnasium boleh menyasarkan keperluan berbeza pesakit.


Pesakit juga mempunyai laci sendiri di sebelah katil bagi menyimpan dan mengurus ubat mereka sendiri di bawah pengawasan seorang jururawat.


Ini bagi memastikan pesakit dan penjaga mereka tahu cara mengambil ubat mereka dengan betul apabila mereka pulang ke rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >