Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel Crowne Plaza di Lapangan Terbang Changi raih anugerah

Oct 02, 2015 | 12:09 PM



HOTEL Crowne Plaza di Lapangan Terbang Changi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hotel pilihan utama di lapangan terbang sedunia, dengan memenangi Anugerah Hotel Lapangan Terbang Terbaik Dunia.


Anugerah itu diterima semasa Penganugerahan Tahunan Pelancongan TTG ke-26 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, demikian menurut kenyataan media Hotel Crowne Plaza hari ini.


Anugerah yang diterima ini diterima tidak lama selepas ia meraih Anugerah Hotel Lapangan Terbang Terbaik Dunia dan Hotel Lapangan Terbang Terbaik Asia di majlis penyampaian Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2015 pada Mac tahun ini.


Anugerah Pelancongan TTG adalah paling berprestij di Asia Pasifik dan berpengaruh dalam industry penerbangan.


Pengurus Besar Crown Plaza Changi Airport, Cik Sunshine Wong, berkata:


"Menjadi salah seorang pemenang Anugerah Pelancongan TTG 2015 adalah satu pencapaian memberangsangkan dalam perjalanan yang kami lalui, di mana ia adalah hasil dedikasi, mendengar maklum balas pengunjung dan berusaha untuk terus melakukan peningkatan dan kecemerlangan sejak hotel dibuka sehingga hari ini."


Hotel Crowne Plaza Changi Airport mempunyai 320 bilik adalah jenama hotel antarabangsa pertama dibuka dalam Lapangan Terbang Changi.


Dengan penambahan bangunan baru, hotel ini akan menawarkan 563 bilik mulai tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >