Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

House of Barbie pamer lebih 600 anak patung di ION Orchard

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 600 anak patung jenama Barbie akan dipamerkan selama sebulan di pusat beli-belah ION Orchard.



Dengan kerjasama syarikat Mattel, usahawan dan peminat serta pengumpul anak patung Barbie, Encik Jian Yang, telah mewujudkan pameran tersebut, dinamakan House of Barbie.



Pengunjung dapat mengimbas kembali zaman kanak-kanak dan mengenang memori fesyen Barbie.



Pameran pertama koleksi Barbie itu juga akan mempamerkan anak patung itu bersama reka bentuk rumah mewah dan juga jenama tempatan Singapura - suatu perlambangan global Barbie dalam fesyen boneka.



Ini juga merupakan pameran umum Barbie, di satu tempat, yang terbesar di Singapura.



Antara lain, Encik Jian juga akan menjalankan bengkel eksklusif bagi pengunjung dengan mencipta pakaian mesra alam yang dikitar semula untuk anak patung yang paling ikonik di dunia.



Encik Jian Yang merupakan salah seorang pemilik koleksi anak patung terbesar di Asia dan telah dipaparkan dalam Buku Rekod Asia.



Dengan koleksinya sebanyak 12,000 anak patung, beliau juga mereka pakaian couture anak patung daripada bahan mampan.



"Saya telah mengumpul Barbie selama lebih 30 tahun dan ini satu keistimewaan untuk berkongsi anak patung yang telah terpilih dengan teliti untuk dipamerkan di ION.



"Barbie sentiasa memiliki tempat istimewa di hati saya kerana ia merangkumi mesej perkasa yang kuat iaitu anda boleh menjadi apa sahaja yang anda mahu," kata Encik Jian Yang.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) Orchard Turn Developments, Cik Yeo Mui Hong, berkata:



"Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan pameran skala ini, menghimpunkan fesyen dan gaya hidup terbaik, dua unsur yang dikaitkan dengan ION Orchard.



"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mempromosi kemampanan, pameran itu juga menampilkan Barbie berpakaian ciptaan Jian Yang yang telah dikitar semula menggunakan pembungkus hadiah Krismas dan Tahun Baru Cina tahun lalu.



Ini juga adalah acara terbesar ION Orchard sejak sekatan peraturan Covid-19 dilonggarkan untuk pengunjung menikmatinya, tambah Cik Yeo.



Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai bengkel lain dan tawaran eksklusif oleh pelbagai jenama di ION Orchard yang akan menyediakan pengalaman unik pelbagai deria.



Pengunjung boleh menyaksikan pameran tersebut hingga 21 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >