Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB akan pergiat usaha dorong kurangkan garam

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) akan mempergiat usaha mendorong orang awam mengurangkan pengambilan garam, antaranya bekerjasama dengan sektor makanan untuk memupuk kesedaran tentang alternatif lebih sihat.



Ini sedang penduduk Singapura secara purata mengambil 3.6 gram sodium setiap hari, iaitu dua kali ganda berbanding had yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), atau lebih daripada 1.5 sudu teh garam setiap hari.



Pengambilan sodium yang tinggi dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, yang dikaitkan pula dengan risiko strok dan serangan jantung, kata Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, semalam.



Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional menunjukkan lebih sepertiga penduduk Singapura berusia antara 18 tahun dengan 74 tahun menghidap darah tinggi dari 2019 hingga 2020.



"Ini adalah peningkatan ketara dari 2017 dan mengingatkan warga Singapura tentang keperluan untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik," kata Cik Rahayu.



HPB akan menggalakkan sektor makanan menerusi Skim Pembangunan Bahan Lebih Sihat (HIDS) untuk menyediakan dan menggunakan alternatif seperti garam kurang sodium, serta memperkenalkan formula baru bagi produk seperti sos dan perasa yang kurang sodium.



Selain itu, HPB akan melancarkan kempen memupuk kesedaran tentang kesan pengambilan garam berlebihan dan mendidik orang awam tentang alternatif dan cara menggantikan garam tanpa menjejas rasa makanan.



Dalam ucapannya, Cik Rahayu berkata usaha penggalakan kesihatan juga mengambil kira pelbagai latar belakang dan budaya bagi kumpulan tertentu untuk membantu mereka mengakses sumber gaya hidup lebih sihat.



Contohnya, satu program Pasport Gaya Hidup Sihat bagi 50 keluarga berpendapatan rendah yang dirintis tahun lalu mendapati kebanyakan peserta berpuas hati dengan program itu, dan sepertiga mula mengamalkan gaya hidup lebih sihat.



Menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) mengenai usaha mendekati masyarakat minoriti, Cik Rahayu memberi perkembangan tentang rancangan membentuk sebuah kumpulan kerja baru yang bertujuan mengukuh usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu.



Setelah mengenal pasti isu utama yang perlu diberi perhatian, HPB menyatukan pemimpin masyarakat berpengalaman dan mempunyai kepakaran, untuk membentuk Kumpulan Kerja Jangkauan Masyarakat Melayu (MCO).



"Di bawah naungan MCO, terdapat lima jawatankuasa kecil baru yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental, mengurangi (tabiat) merokok, memperbaiki tabiat pemakanan, meningkatkan kegiatan fizikal dan pemeriksaan kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu," kata Cik Rahayu.



MCO akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan jangkauan program HPB yang berkesan.



Contohnya, HPB telah bekerjasama dengan M Kuasa Tiga (M3), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), dan masjid untuk menganjurkan bengkel kesejahteraan secara dalam talian bagi lebih 200 penduduk Melayu.



Tahun ini, HPB akan meluaskan jangkauan mereka dengan bekerjasama dengan semua MAEC.



Bagi menggalak tabiat pemakanan lebih sihat di bulan Ramadan, HPB bekerjasama dengan MAEC, Mendaki, masjid dan pertubuhan Melayu/Islam seperti Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Perdaus untuk mengagihkan barangan runcit yang lebih sihat kepada lebih 24,500 keluarga Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >