SATU program di tempat kerja baru yang menyediakan pekerja matang dalam sekitaran pusat penjaja akses kepada pemeriksaan dan bimbingan kesihatan serta keselamatan telah dilancarkan Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB).
Program Health Chats @ Hawker Centres itu bertujuan menggalak pekerja menjaga kesihatan dan keselamatan dengan melengkapi mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan sokongan untuk membuat perubahan positif dan mengamalkan tabiat gaya hidup lebih sihat.