Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA ambil tindakan terhadap lelaki guna e-rokok dalam MRT

Feb 25, 2023 | 09:30 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) dengan bantuan Pasukan Polis Singapura (SPF) telah berjaya mengenal pasti dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap seorang lelaki yang dirakam menggunakan e-vaporiser atau e-rokok dalam sebuah kabin MRT.



Dalam satu kenyataannya pada Sabtu, HSA berkata ia telah mendapat tahu berkaitan satu laporan laman STOMP pada 14 Februari yang menunjukkan rakaman video seorang lelaki yang menggunakan e-rokok dalam kabin MRT.



 Pada 22 Februari, HSA menjalankan pemeriksaan ke atas rumahnya.



Lelaki Cina berusia 45 tahun itu mendakwa e-rokok yang digunakannya merupakan alat yang telah dibuang dan ditemui di jalan raya dan dia kemudian telah membuangnya.



Selepas siasatan lanjut dijalankan, dia telah dikenakan denda di atas kesalahan menyalah guna e-rokok.



HSA mengambil serius terhadap mereka yang memiliki dan menggunakan e-rokok yang diharamkan serta barangan berkaitannya dan akan mengambil tindakan keras terhadap individu yang melanggar undang-undang.



Bagi kes ini, lelaki itu telah sengaja melanggar undang-undang dengan menggunakan e-rokok secara terbuka di khalayak penumpang kereta api itu.



Tindakannya yang haram itu disiarkan dalam artikel STOMP selepas seseorang menghantar rakaman itu kepada laman Facebook STOMP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >