Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Jangan guna produk kuruskan badan 'VIP Bio Mangosteen Complex'

Nov 18, 2016 | 11:46 AM



ORANG ramai digesa Penguasa Sains Kesihatan (HSA) supaya jangan membeli atau menggunakan 'VIP Bio Mangosteen Complex', sebuah produk bagi menurunkan berat badan yang dijual dalam talian.



Dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat (18 Nov), HSA berkata ia telah menguji produk itu dan mendapati ia mengandungi paras sangat tinggi sebuah ubat barat yang dilarang, sibutramine, dan sebuah ubat barat yang tidak diisytihar, fenoftalein.



Fenoftalein ialah sebatian farmaseutikal lapuk yang telah digantikan oleh laksatif lebih baru.



Produk 'VIP Bio Mangosteen Complex' itu dilabel mengandungi bahan semula jadi sahaja, termasuk buah-buahan dan ekstrak herba. Ia juga mendakwa akan memberi "perubahan serta-merta selepas kira-kira 7 hari dan keputusan penting dalam 21 hari".



Siasatan HSA mendedahkan ia dijual di beberapa laman web dan platform media sosial popular siap dengan testimoni kesan penurunan berat badannya.



Sibutramine ialah ubat penurunan berat badan yang tidak dibenarkan dijual di Singapura sejak 2010 kerana kebimbangan keselamatan serius berkaitan risiko kardiovaskular.



Paras tinggi sibutramine yang dikesan dalam 'VIP Bio Mangosteen Complex' boleh membuat ia sangat toksik dan menyebabkan kesan sampingan serius seperti serangan jantung dan sawan, kata HSA.



Beberapa pengguna melaporkan mengalami halusinasi atau mendengar suara selepas mengambil produk kesihatan yang dicemari paras tinggi sibutramine. Kesan buruk lain boleh termasuk tekanan darah tinggi, peningkatan kadar jantung, degupan jantung tidak teratur, kebimbangan, kemurungan dan perubahan mood.



Walaupun HSA tidak menerima sembarang laporan kejadian buruk berkaitan produk itu di Singapura, penggunaan produk pelangsingan lain yang dicemari paras tinggi sibutramine telah membawa kepada pengguna dimasukkan hospital di dalam dan luar negara.



Sebelum ia diharamkan, sibutramine merupakan ubat preskripsi yang digunakan sebagai penahan selera makan bagi menguruskan obesiti.



Orang ramai dinasihatkan:



- Berhenti mengambil 'VIP Bio Mangosteen Complex' serta-merta, dan berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau bimbang tentang kesihatan mereka.



- Berhati-hati dengan produk kesihatan yang menjanjikan penurunan berat badan cepat dan ajaib atau membuat dakwaan yang dibesar-besarkan, seperti 'keberkesanan dijamin' atau 'terbukti secara saintifik'.



Produk-produk tersebut mungkin mengandungi ubat-ubatan preskripsi yang hanya boleh diambil di bawah pengawasan perubatan, atau bahan berbahaya tidak diisytihar yang boleh membahayakan kesihatan dengan serius.



- Jangan percaya ulasan produk dalam talian, kerana testimoni itu biasanya tidak dapat disahkan.



- Berhati-hati apabila membeli produk kesihatan dalam talian. Produk yang dijual dalam talian berpotensi merupakan yang tiruan atau dicemari bahan berbahaya yang tidak diisytihar.



Orang ramai juga digalak pergi ke laman www.healthdangers.sg untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahaya membeli produk kesihatan haram daripada sumber meragukan.



Penjual harus berhenti menjual 'VIP Bio Mangosteen Complex' serta-merta, kata HSA.



Sesiapa yang disabit menjual produk kesihatan haram boleh dikenakan denda hingga $100,000 dan/atau penjara hingga tiga tahun.



Orang ramai yang mempunyai sembarang maklumat mengenai penjualan dan pembekalan 'VIP Bio Mangosteen Complex' atau produk haram lain boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan HSA di Tel: 6866-3485 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau e-mel: hsa_is @ HSA. gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >