HSA luluskan vaksin denggi pertama di dunia digunakan di Singapura

PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah meluluskan vaksin denggi pertama di dunia digunakan di Singapura setelah manfaat dan risikonya dikaji semula.

Ia akan boleh didapatkan di sini dalam masa beberapa bulan akan datang.

Kajian menunjukkan secara keseluruhan, vaksin itu berkesan bagi mengurangkan denggi sebanyak 60 peratus dan mengurangkan denggi teruk sebanyak 84 peratus.

Bagaimanapun, ia kurang berkesan terhadap dua jenis denggi yang paling biasa terdapat di Singapura.

Keputusan HSA meluluskan vaksin itu berdasarkan 24 kajian klinikal yang dijalankan oleh syarikat pembuat vaksin itu, Sanofi Pasteur, melibatkan 41,000 orang.

Vaksin itu diluluskan untuk digunakan bagi sesiapa sahaja yang berumur 12 hingga 45 tahun, kerana kajian menunjukkan risiko dimasukkan ke hospital akibat denggi selepas mengambil vaksin itu berkurangan dalam kalangan pesakit berumur 12 tahun tetapi tidak begitu berkesan bagi yang berumur di atas 45 tahun

HSA berkata ia bersedia menyemak semula garis panduan umur apabila lebih banyak data boleh didapati.

Yang penting, vaksin itu juga 81 peratus berkesan bagi orang yang sudah mempunyai jangkitan denggi sebelum ini, berbanding 38 peratus di kalangan mereka yang tidak pernah mempunyai virus itu

Kanak-kanak kecil yang tidak pernah mengalami denggi juga menghadapi risiko lebih tinggi dimasukkan ke hospital jika mereka dijangkiti virus itu selepas mengalami vaksin tersebut, walaupun ini tidak dilihat pada kanak-kanak lebih tua.

Oleh itu, HSA menasihatkan mereka yang belum pernah dijangkiti denggi supaya bertanya pada doktor mengenai perlu atau tidak mereka mendapatkan vaksin tersebut.

Dilancarkan pada lewat 2015, vaksin itu pada masa ini diluluskan untuk digunakan di sembilan negara lain, termasuk Indonesia dan Filipina.

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,133.110 +6.180