Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Produk 'TCM Recipe Licozen Ointment' kandungi arsenik

Dec 04, 2015 | 02:04 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk kesihatan yang diberi label "TCM Recipe Licozen Ointment".


Ini kerana produk tersebut telah diuji dan didapati mempunyai kandungi arsenik yang tinggi.


Penjual produk salap itu harus menghentikan penjualan dan pengedarannya, kata HSA dalam satu kenyataan hari ini, Jumaat.


Pihak berkuasa diberitahu tentang produk berkenaan oleh seorang doktor selepas seorang wanita berkata keadaan penyakit kulit ekzema anaknya pulih selepas menggunakan produk itu.


Wanita berkenaan membelinya daripada sebuah kedai runcit di bahagian tengah Singapura, kata HSA.


HSA menambah, wanita tersebut telah dinasihatkan supaya segera berhenti menggunakan produk itu selepas ujian-ujian makmal menunjukkan ia mengandungi arsenik yang amat tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >