Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA rampas vape dan komponen bernilai $369K

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



DALAM satu operasi rampasan terbesar alat merokok vaporiser elektronik, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah merampas peralatan itu dan yang berhubung dengannya bernilai lebih $369,000, kata HSA dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan bersama semalam.



Tiga lelaki sedang membantu HSA dalam siasatan, termasuk individu yang sedang disiasat polis kerana didakwa memiliki beberapa senjata di rumahnya, menyusuli operasi pada 18 Mac itu.



Kenyataan bersama itu menyatakan HSA telah bertindak berdasarkan maklumat yang diterima dan telah menangkap dua orang suspek yang tiba di sebuah tempat simpanan di Tuas untuk mengambil beberapa peralatan yang dilarang itu.



Pada hari yang sama, pegawai HSA telah menyerbu rumah suspek ketiga di Serangoon North, yang dikatakan terlibat dengan kegiatan menjaja vape elektronik.



Vaporiser elektronik atau vape telah diharamkan di Singapura sejak 1 Februari 2018, dan mengimport barangan terebut, termasuk rokok elektronik telah dilarang sejak 1 Ogos 2016.



Para pegawai telah merampas sebanyak 1,157 alat vape dan 25,345 peralatan berhubungan dari sebuah tempat kemudahan simpanan dan rumah suspek itu.



"Ini merupakan rampasan terbesar yang dilakukan HSA sejauh ini, yang bernilai kira-kira $369,150," kata jurucakap HSA.



Di rumah suspek ketiga, pegawai HSA telah menjumpai dua senjata bagi enumbuk knuckleduster dan sebilah pisau.



Senjata tersebut dirampas dan polis sedang menjalankan siasatan ke atas suspek berusia 24 tahun kerana memiliki senjata tersebut.



Operasi rampasan HSA ini berikutan peningkatan tinggi trend penjualan dan penggunaan barang terlarang itu.




KES COVID-19 DI SG, 23 MAC



JUMLAH BARU: 13

DALAM MASYARAKAT: 0

IMPORT: 13

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN: 60,221 (Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >