Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSBC: AEC boleh rangsang GDP Singapura tumbuh 9.5% jelang 2030

Nov 23, 2015 | 02:29 PM



PEMBENTUKAN Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) berpotensi mempunyai kesan besar untuk ekonomi Singapura, kata para pakar.


Pemimpin Asean Ahad lalu (22 Nov) membentuk AEC , yang antara matlamatnya ialah menggalak pergerakan lebih bebas perdagangan dan modal di rantau ini. Ia berkuat kuasa pada 31 Disember.


Ketua Eksekutif HSBC Singapore, Encik Guy Harvey-Samuel, berkata jika AEC dilaksana dengan baik, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kasar Singapura akan 9.5 peratus lebih tinggi menjelang 2030 berbanding jika ia tidak wujud, lapor akhbar The Straits Times dalam laporan dalam taliannya pada Isnin (23 Nov).


Namun, kesan pembentukan AEC bagi syarikat Singapura mungkin beransur-ansur, kata Encik Glenn Maguire, ketua ahli ekonomi bagi rantau Asia Selatan, Asean dan Pasifit ANZ Research.


Ini kerana pemimpin Asean menyasarkan AEC beroperasi sepenuhnya hanya pada 2025.


Kesan jangka terdekat pembentukan AEC ialah ia akan merangsang lebih banyak syarikat Singapura memindahkan pengeluaran barang-barang bernilai rendah ke negara di mana buruh lebih murah, kata Encik Maguire.


Pembentukan AEC akan meningkatkan kesedaran tentang peluang berkembang ke luar negara, dan menyeragamkan prosedur kastam, yang akan membuat penghantaran barangan lebih mudah, dan dengan itu menggalak penyumberan luar proses pengeluaran ke negara lain, tambah beliau.


Syarikat juga akan berusaha melindungi keuntungan mereka dengan memanfaatkan AEC dan memindahkan pengeluaran ke tempah lebih murah.


Beberapa syarikat yang masih menghasilkan pakaian di sini mungkin memindahkan pengeluaran keekonomi Mekong, seperti Vietnam dan Thailand, di mana kos buruh lebih rendah.


Lebih banyak syarikat pengeluar elektronik akan mengalihkan pengeluaran mereka ke Malaysia, tambah Encik Maguire.


AEC juga akan menyebabkan lebih banyak pergerakan rentas sempadan perkhidmatan dan pelaburan, ujar Encik Harvey-Samuel.


Ini akan membawa kepada perkembangan produk dan perkhidmatan yang dijual dalam rantau ini, dan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab kewangan, katanya.


Syarikat dalam sektor bernilai tinggi, seperti farmaseutikal dan pengkomputeran awan (cloud-computing), besar kemungkinan kurang oleh pembentukan AEC, kata Encik Maguire.


Ini kerana mereka mungkin kekal di Singapura disebabkan mutu tenaga buruh dan perlindungan harta intelek lebih baik.


Kadar syarikat Singapura berpindah ke luar negara akan meningkat sedikit pada 2016 dan 2017, dan kemudian meningkat lagi pada 2018 dan 2020, tambah Encik Maguire.


Apabila lebih banyak dasar berkaitan pergerakan bebas barangan dan perkhidmatan dilaksana, dan syarikat melihat lebih banyak syarikat lain berpindah ke negara lain, mereka akan menjadi lebih selesa berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >