Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSR S'pura-KL: Kemungkinan dua jenis perkhidmatan disediakan 'masih dibincang'

Jan 05, 2016 | 09:22 AM



SINGAPURA dan Malaysia masih dalam perbincangan mengenai model komersial dan operasi kereta api berkelajuan tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin (4 Jan), sebagai respons terhadap sebuah laporan berita Malaysia yang mendakwa beberapa aspek projek bersama itu telah diputuskan.


Jurucakap MOT berkata kemungkinan dua perkhidmatan HSR - satu perkhidmatan ekspres tanpa henti dan satu lagi perkhidmatan transit yang singgah di beberapa stesen - diadakan masih dibincangkan.


Ini bertentangan daripada laporan yang disiarkan dalam harian Malaysia, The Edge Financial Daily, yang berkata dua pihak itu telah "mencapai persetujuan" mengenai penjajaran HSR dan memutuskan akan mempunyai dua perkhidmatan berlainan.


Jurucakap MOT berkata: "Penjajaran juga dibincangkan; penjajaran tepat dapat dimuktamadkan hanya selepas tamat kajian kejuruteraan terperinci."


Memberi maklumat terkini mengenai projek itu, ia berkata dua negara ini sedang mengkaji maklum balas yang dikumpul daripada satu usaha Permintaan Maklumat (RFI) yang berakhir bulan lalu.


Maklum balas tersebut akan digunakan "untuk meningkatkan model perdagangan dan operasi dan pendekatan perolehan projek itu," kata jurucakap MOT.


HSR Singapura-KL, yang pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013, akan membolehkan penumpang pergi dari Singapura ke KL, atau sebaliknya, dalam masa kira-kira 90 minit sahaja.


Terminal di Singapura akan terletak di Jurong East, manakala Malaysia telah berkata stesen terminalnya akan terletak di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, dan perhentian akan disediakan di Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >