Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan kukuh dengan China lebih penting daripada perbezaan: DPM Teo

Feb 27, 2017 | 09:44 AM



BEIJING: Singapura dan China mempunyai hubungan luas dan lama dan kepentingan bersama mereka dalam membina sebuah rantau aman "lebih besar" daripada perbezaan sekali-sekali dalam pandangan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.



"Kami berkongsi pandangan sama dalam kebanyakan isu, dan telah bekerja bersama dengan baik bagi memajukan kepentingan bersama," kata Encik Teo kepada agensi berita China, Xinhua, dalam satu temu bual e-mel menjelang lawatan beliau ke Beijing yang bermula pada Ahad (26 Feb).



"Bagaimanapun dalam kalangan jiran dan rakan rapat sekalipun mungkin ada perspektif berbeza mengenai beberapa isu, memandangkan setiap negara mempunyai saiz, sejarah, kelemahan, dan lokasi geografi berbeza," ujar beliau.



Encik Teo berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai "perbalahan" baru-baru ini dalam hubungan China-Singapura "di peringkat pemerintah dan rakyat dengan rakyat".



Beliau turut ditanya bagaimana dua pihak ini boleh bekerjasama untuk meningkatkan rasa saling mempercayai.



"Singapura akan terus menjadi penyokong kuat pembangunan aman dan membina China di rantau ini," katanya.



September lalu, terdapat pertukaran surat antara Duta Singapura ke China, Encik Stanley Loh, dan Encik Hu Xijin, editor sebuah akhbar China, Global Times, selepas beliau menerbitkan laporan mengkritik diplomat Singapura kerana membangkitkan isu Laut China Selatan semasa sidang puncak Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di Venezuela.



Pada November, Kastam Hong Kong menahan sembilan kenderaan berperisai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di atas sebuah kapal kontena yang singgah di sana.



Kenderaan itu dalam perjalanan pulang ke Singapura selepas satu latihan ketenteraan di Taiwan.



Merujuk kepada kemajuan dalam hubungan dua hala, Encik Teo juga berkata Singapura secara konsisten mematuhi dasar "satu China". Singapura mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan China tetapi juga hubungan tidak rasmi dengan Taiwan.



Mengenai peranan Singapura sebagai negara penyelaras bagi kerjasama Asean-China, beliau berkata Republik ini akan melakukan yang terbaik untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi kerjasama antara dua pihak itu. Bagaimanapun, beliau juga berkata tidak mudah untuk mencapai kata sepakat pada setiap isu dalam kalangan 10 negara anggota Asean dan China.



"Yang penting ialah mengekalkan komunikasi rapat supaya kita dapat mengembangkan kepentingan bersama dan mengurangkan perbezaan," katanya.



Encik Teo turut ditanya mengenai peranan Singapura dalam inisiatif China mewujudkan laluan Jalan Sutera maritim era moden bagi menghubungkan ekonomi negara di sepanjang laluan laut dari China ke Asia Tenggara dan Timur Tengah.



Beliau berkata Singapura, sebagai hab utama bagi perdagangan dan pembiayaan infrastruktur dan salah sebuah pusat yuan luar pesisir terbesar, dalam kedudukan baik untuk menyokong syarikat China yang semakin banyak meneroka ke pasaran di sepanjang laluan itu dan laluan Belt, merujuk kepada jalan darat dari China ke Barat.yang



Encik Teo berada di Beijing untuk mesyuarat Majlis Bersama ke-13 Kerjasama Dua Hala, platform peringkat tinggi untuk mendalamkan dan meluaskan hubungan antara dua pihak yang beliau dan Naib Perdana Menteri, Encik Zhang Gaoli, pengerusikan bersama dan yang berlangsung pada Isnin (27 Feb).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >